Tidak dapat dinafikan bahawa pendidikan
melalui kesenangan dan kemewahanlah yang menjadikan punca rosaknya kebanyakan
manusia pada hari ini.sebaliknya orang yang dididik dengan kesusahan dan
kepayahan akan menjadikan manusia yang beragama berjaya dalam hidup.Ini adalah
lumrah kehidupan sebagai makhluk-Nya didunia ini. Itulah kebenarannya.Dan kalau
kita manusia nampak rahsia ini, apalagi Allah s.w.t Tuhan yang menciptakan
kita.Dia amat lah tahu bahawa demi menyelamatkan seorang manusia, caranya ialah
susah-susahkan,diuji, dihukum dan diberi tanggungjawab yang berat dan
penting..itulah tanda sayang dan cinta yang sebenarnya.
Nabi
kita sendiri, Muhammad s.a.w diburu oleh kaumnya untuk dibunuh, yatim piatu,
tidak tahu membaca dan menulis.Menjadi pengembala kambing dan berkali-kali
memasuki medan peperangan.
Orang
–orang yang tinggi darjatnya disisi Allah maka merekalah yang paling berat
ujiannya.Orang yang mengaku beriman ,dan beramal tetapi ujian-ujian tidak
banyak menimpa dirinya,bererti Allah belum memberi perhatian istimewa
kepadanya.Orang yang disayangi oleh Allah swt akan diuji dan dihukum oleh Allah
tanpa ditangguh-tangguh lagi.
Kebanyakan
daripada para nabi, oleh kerana melakukan amalan yang menyalahi (khilafulaula),
terus ditegur bahkan dihukum oleh Allah, walhal perkara ini bukanlah membawa
dosa.Rasulullah saw pada suatu ketika pernah tidak melayani Abdullah Bin Maktum
yang buta matanya kerana membesarkan pembesar-pembesar Quraisy yang datang
mengadapnya.
Allah
terus menegur di mana teguran itu diabadikan di dalam Al-Quran dengan
maksudnya,: “Tahukah kamubarangkali ia ingin membersihkan dirinya atau dia
ingin mendapatkanpengajaran, lalu pengajaran itu memberi manfaat kepadanya”
Begitu
juga Nabi Sulaiman ,kerana tidak menyebut Insya-Allah maka Allah telah menarik
segala kemampuannya untuk menghubungi 99 orang Islam dalam satu malam.Nabi
Yunus pula, oleh kerana merajuk dengan kaumnya terus mendapat hukuman, iaitu
dimakan olh ikan Nun.
Kisah
–kisah tersebut jelas menunjukkan bahawa Allah swt akan memberikan teguran
dengan segera kepada hamba-hamba yang kasihinya agar mereka segera menyedari
kesilapan yang telah dilakukan dan segera memperbetulkannya.Hal yang sama juga
berlaku ke atas diri kita.
Oleh
itu bagi kita,terutamanya orang –orang yang banyak beribadah, berzikir dan
berjuang, maka sememangnyalah akan selalu diuji oleh Allh swt.Ujian boleh
menghapuskan dosa atau menaikkan darjat di sisi Allah swt.Sentiasalah kita
memperingati diri bahawa segala kesusahan yang menimpa kita adalah ujian
dari-Nya ,kerana sesudah nya ialah nikmat pula.Sebaliknya apabila diberi nikmat
beringatlah kerana bahawasanya sesudahnya ialah ujian.
Maka
marilah kita sebagai hamba yang berada antara dua pemberian ini, menerimanya
dengan penuh sabar,syukur tawakal redha dan berbaik sangka dengan Allah swt.
Moga – moga Allah menyambut kita dengan sebaik-baiknya, di hari pertemuan
dengan-Nya nanti.Iaitu di hari perhitungan untuk di hisab segala perbuatan baik
dan jahat yang telah kita lakukan.
DIPETIK DARI DZUL NURAIN (APR 03)